Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, menganggap tidak salah mengeluarkan pelaburan besar dalam Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) sekiranya ingin melihat peningkatan ketara bagi jangka panjang.
Ini berdasarkan kepada persoalan terhadap gaji sehingga RM175,000 sebulan yang dibayar kepada Lim Teong Kim yang dianggap terlalu besar dan tidak wajar.
Namun, Khairy berpendapat gaji yang diterima Teong Kim itu adalah berdasarkan pengalaman luas dimilikinya selain tanggungjawab bukan hanya mengendalikan sebuah pasukan.
Baginya, pelaburan yang besar demi hasil yang memuaskan untuk tempoh 10 tahun akan datang adalah wajar tetapi segalanya tetap bergantung kepada kewangan semasa ketika ini dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menilai semula kontrak Teong Kim sehingga Oktober 2019.
"Saya bersama Majlis Sukan Negara (MSN) telah mengkaji soal gaji itu.
"Namun, terpulang kepada menteri ketika ini untuk menilai semula prestasi dan kontrak beliau.
"Namun, pada pandangan saya, ini adalah pelaburan jangka masa panjang.
"Kita perlu membuat pelaburan yang besar untuk melihat perubahan yang ketara," ujarnya.
Berhubung ke manakah peruntukkan RM20 juta setahun yang dijanjikan kepada NFDP sehingga kian berkurangan kepada RM3.5 juta sahaja, ini penjelasan Khairy.
"Saya telah menyemak rekod yang saya disimpan.
"Walaupun Kementerian Kewangan tidak memenuhi sepenuhnya permintaan NFDP, pelaburan itu dapat ditampung sepenuhnya oleh KBS tanpa mengambil (sebarang peruntukan) daripada sukan-sukan yang lain," kata Khairy.