Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedar akan risiko mengundang perhatian Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sekiranya Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, memperoleh mandat sebagai presiden.
FAM sudah sedia maklum dengan situasi rumit jika Khairy dipilih mengetuai badan induk bola sepak negara itu dan pada masa sama sebagai Menteri Belia dan Sukan.
Ini kerana Khairy bertanggungjawab kepada sebarang keperluan menangani isu di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997.
Pesuruhjaya Sukan yang melapor kepada kementerian itu bertanggungjawab memantau semua persatuan sukan kebangsaan lain yang termaktub di bawah akta itu, termasuk FAM.
"Kita perlu ingat bahawa Khairy telah dicalonkan, beliau belum lagi mengesahkan menerima atau tidak," kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.
"Saya tidak mahu ia disalahtafsirkan. Kalau mengikut Statut FAM, beliau dibenarkan (bertanding)."
FAM juga akan menunggu sehingga 20 Februari untuk mengumumkan senarai muktamad calon yang bakal bertanding merebut jawatan penting dalam FAM.
Sehingga kini, FAM juga tiada masalah dengan status Tan Sri Annuar Musa sebagai salah seorang calon presiden sekalipun berdepan kes berkaitan penajaan pasukan pasukan bola sepak Kelantan dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL).
"Saya telah melihat dari segi undang-undang. Setakat ini, ada tiga perkara yang tidak melayakkan warganegara Malaysia ini bertanding," katanya.
"Yang pertama, dia diisytiharkan bankrap. Kedua, lima tahun sebelum pertandingan ini, dia telah dijatuhkan hukuman. Ketiga, mana-mana calon yang telah didakwa di mahkamah. Jadi saya anggap, Annuar layak bertanding."
Selain Khairy dan Annuar, dua lagi calon presiden FAM adalah Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Tan Sri Aseh Che Mat.