"Saya tidak akan menyebelahi mana-mana calon yang bertanding jawatan presiden," itu pendekatan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, selepas sah tidak bertanding jawatan presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kongres pemilihan badan itu, 25 Mac depan.
Khairy sebelum ini turut dicalon untuk jawatan presiden tetapi menolak pencalonan itu semalam selepas pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mengesahkan pencalonan.
Dengan seorang lagi calon, Tan Sri Aseh Che Mat, turut menarik diri, ia menyaksikan pertarungan satu lawan satu bagi jawatan presiden di antara Tunku Ismail dan bekas presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.
"Sekarang ini sudah ada dua calon, maka saya perlu berkecuali. Saya sebagai menteri perlu berkecuali tetapi saya tunaikan janji yang saya kata kalau Tunku Ismail bertanding, saya akan menarik diri.
"Ada yang tanya saya mengenai penglibatan ahli politik, kerabat diraja dalam badan sukan tetapi jawapan saya, kita kena selalu tengok kepada individu terbabit, sokongan diberikan dan kredibiliti mereka," katanya
Dalam pada itu, Khairy berharap pucuk pimpinan baru FAM akan memastikan skuad bawah 22 tahun negara menjalani persiapan fasa akhir terbaik untuk menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur, 19-31 Ogos ini.
Sebelum ini, jurulatihnya, Frank Bernhardt, mengakui sukar untuk meraih emas kerana menghadapi masalah pelepasan pemain.
"Saya berharap perkara pertama yang dapat diberikan perhatian oleh kepimpinan baru FAM nanti adalah memperkukuhkan lagi skuad Sukan SEA.
"Dia juga perlu membantu dalam persiapan skuad tersebut untuk temasya itu," tambahnya.