Skip to main content

Bola Sepak

Khairul Helmi tagih Melaka United segera lunas tunggakan gaji tiga bulan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

khairul-helmi-johari.jpg
Isu tunggakan gaji masih lagi membelenggu Melaka United selepas bekas pertahanan, Khairul Helmi Johari, mendedahkan situasi sukar yang dilaluinya. 

'Keon' yang kini beralih ke Kelantan FC pada musim ini masih menunggu tunggakan gajinya  selama tiga bulan daripada bekas majikannya itu. 

"Sampai sekarang saya masih berusaha untuk dapatkan (baki gaji), pemain masih tunggu. 

"Tidak tahu sampai bila dan harap Melaka dapat selesaikan segera sebab ini sudah memasuki musim baru. 

"Ada pemain yang kekal dan ada yang sudah bawa haluan masing-masing.

"Saya tidak tahu tarikh sebenar yang mereka janjikan, saya harap ia dapat diselesaikan secepat mungkin," katanya. 


 

Advertisement

Must Watch Video