Jurulatih Selangor, P. Maniam, melahirkan rasa gembira selepas menyaksikan skuadnya memulakan kempen Liga Super dengan langkah kanan apabila menewaskan Pulau Pinang 2-0 di Stadium Selayang, malam tadi.
Turun dengan formasi 3-4-3 tatkala pelawat mengharapkan permulaan positif di bawah kendalian Ashley Westwood, Selangor menunjukkan lebih penguasaan sehingga ke hujung perlawanan.
"Kami telah bermain dengan baik, terutama pada babak kedua perlawanan. Pemain-pemain memberikan usaha yang terbaik dan saya dapat melihat keyakinan mereka beraksi sebagai satu pasukan," kata Maniam.
Selangor berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-34 apabila Adam Nor Azlin pantas melakukan tindakan susulan selepas percubaan Ugo Ukah gagal didakap kemas penjaga gol pelawat, Syed Adney Syed Hussin.
Pulau Pinang cuba mengimbangi penguasaan Selangor menerusi beberapa serangan balas, namun benteng Selangor kekal ampuh pada babak pertama.
Ketika perlawanan separuh masa pertama berbaki seminit, Francis Forkey Doe meledak gol kedua dengan menyempurnakan hantaran Saful Ridzuan Selamat.
Pulau Pinang menggandakan asakan, bagaimanapun, tetap gagal menembusi gawang Selangor untuk membawa kedudukan 2-0 kekal sehingga wisel penamat.
"Kami gagal menyempurnakan peluang. Saya yakin Pulau Pinang telah mempamerkan permainan yang lebih mantap berbanding Selangor, namun kami gagal menghasilkan kemenangan," kata Westwood.