Skip to main content

Bola Sepak

Ketumpulan penyudah kecewakan TFC II

mk.jpg
Pengendali Terengganu FC (TFC) II, Mustaffa Kamal Abd Wahab, mengakui sukar menerima keputusan seri dengan Sarawak, malam tadi, selepas memiliki deretan peluang menjaringkan gol.

Menurutnya, penguasaan sejak awal permainan tidak memberi apa-apa makna dengan skuad bimbingannya hilang fokus pada minit-minit terakhir.

Gol pendahuluan pada minit pertama juga gagal dipertahankan, sekali gus membenarkan pasukan lawan menyamakan kedudukan untuk menafikan kemenangan pertama mereka musim ini.

“Kami lebih banyak mengawal pergerakan bola, namun gagal memanfaatkan peluang dan membenarkan pasukan lawan bangkit.

“Berdepan situasi bola mati juga agak merisaukan kerana kami bolos dua daripada empat gol di Sabah dan sepakan percuma malam ini (semalam) juga menyumbang kepada jaringan lawan,” ujarnya.

Dalam perlawanan malam tadi, jaringan minit pertama Akanni Sunday Wasiu hampir memberikan tiga mata kepada TFC II, namun Bobby Gonzales menyamakan kedudukan buat Sarawak pada masa kecederaan babak kedua.

Advertisement

Must Watch Video