Ketua Umum (Ketum) PSSI, Erick Thohir, meminta agar semua penyokong pasukan kebangsaan Indonesia berhenti dari terus mencemuh Elkan Baggott, yang enggan untuk kembali semula menyarung jersi kebangsaaan negara itu, yang kini di bawah kendalian Patrick Kluivert.
Pemain Ipswich Town itu, yang kini beraksi secara pinjaman bersama kelab Blackpool, dilaporkan masih enggan berbuat demikian walaupun sudah beberapa kali ditawarkan untuk kembali beraksi bersama Indonesia bagi menghadapi cabaran kelayakan Piala Dunia 2026.
Menurut Erick, pihaknya telah menawarkan tempat untuk Baggott, namun ia ditolak disebabkan pemain berusia 22 tahun itu dikatakan takut akan hilang tempatnya bersama kelab yang disertainya ketika ini.
Malah, ketua jurulatih, Kluivert, juga pernah menyuarakan hasrat tersebut kepada pemain itu, namun jawapan yang diterima turut mengecewakan.
"Berkenaan Elkan Baggott, saya sudah bercakap sendiri dengan beliau sebulan sebelum perlawanan kelayakan dengan Australia dan Bahrain pada Mac lalu, namun dia menyatakan bahawa dia risau akan kehilangan posisinya di kelab tempat dia bermain.
"Jadi dia lebih memilih agar dia tidak dipanggil dan sebab itu saya tidak lagi memanggil beliau," Jelasnya kepada media Indonesia.
Tindakan Baggott itu akhirnya mengundang pelbagai kecaman kebanyakkan peminat setia pasukan bola sepak Indonesia dengan pelbagai cemuhan dilemparkan.
Namun, Kluivert lebih memilih untuk menghormati keputusan pemain itu yang dilihat sebagai hak peribadinya sendiri.
Indonesia bakal berdepan dengan China dan Jepun bagi pusingan kelayakan Piala Dunia 2026 Jun ini.