Alisson percaya Liverpool tidak akan berasakan kehilangan khidmat Virgil van Dijk ketika mereka menerima kunjungan Bayern Munich dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi Rabu ini.
Van Dijk terpaksa diketepikan kerana digantung satu perlawanan untuk perlawanan pertama pusingan 16 di Anfield itu, dengan Jurgen Klopp berdepan masalah memilih barisan pertahanan terbaik.
Joe Gomez masih lagi belum pulih dan Klopp menjelaskan pertahanan Croatia, Dejan Lovren, dijangka tidak akan pulih daripada kecederaan hamstring sebelum perlawanan berdepan Bayern.
Ketiadaan pertahanan termahal dunia, Van Dijk, menyukarkan Liverpool mencari gandingan terbaik, walaupun Fabinho mengisi slot sebagai pertahanan dan berkemungkinan beraksi bersama Joel Matip.
Van Dijk telah menyempurnakan 90 minit untuk 26 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan berperanan penting dalam membantu Liverpool mendahului takhta liga dengan kelebihan satu mata ke atas Manchester City.
Tetapi Alisson yakin mana-mana pemain yang dipilih bekas pengendali Borussia Dortmund, Klopp, untuk menggantikan Van Dijk akan melakukan yang terbaik.
"Semua pertahanan telah bermain antara satu sama lain. Kami tidak akan berasa kehilangan itu," kata Alisson.
"Jentera pertahanan mampu berkomunikasi dengan baik, mereka mengenali antara satu sama lain dan ia sangat penting buat mana-mana pasukan."
Manuel Neuer dijangka mengawal gawang Bayern selepas kapten pasukan itu kembali beraksi berdepan Augsburg selepas tiga perlawanan kerana mengalami kecederaan ibu jari.
Alisson teruja dengan peluang untuk berdepan penjaga gol Jjerman itu, yang dianggap salah seorang penjaga gol terbaik dunia.
"Kami menyedari Bayern adalah pasukan yang kuat. Klopp mengetahuinya lebih daripada mana-mana individu dalam kelab ini.
"Neuer adalah penanda aras buat saya. Apabila mengetahui akan berdepan Bayern, saya sangat teruja untuk berdepan Neuer."