Skip to main content

Bola Sepak

Ketiadaan Surendran tidak jejas Melaka

r-surendran-040717.jpg
Ketua jurulatih Melaka United, Eduardo Almeida, enggan anak buahnya mengambil mudah perlawanan pembukaan Piala Malaysia ketika berdepan Kedah malam ini biarpun ia bukanlah sasaran utama mereka musim ini. 

Fokus utama Melaka musim ini adalah memastikan kekal dalam saingan Liga Super dan tidak terlalu meletakkan sasaran tinggi dalam Piala Malaysia. 

Begitupun, Almeida tetap enggan pemainnya sekadar mengambil mudah, sebaliknya menuntut kerjas keras pasukan untuk sekurang-kurangnya memberikan saingan sengit kepada Kedah. 

Bagi jurulatih dari Portugal itu, walaupun Kedah tersungkur buat kali pertama di laman sendiri musim ini, Sabtu lalu, ia tidak bermakna semangat skuad kendalian Nidzam Adzha Yusoff itu luntur kerana pastinya mereka mahu bangkit meraih kemenangan. 

"Tiada pasukan di dunia yang mampu memenangi semua perlawanan. 

"Hanya kalah satu perlawanan, ia tidak bermakna mereka kini adalah pasukan yang lemah. 

"Kedah sudah membuktikan mereka adalah sebuah pasukan mantap seperti yang ditonjolkan dalam kebanyakan perlawanan. 

"Esok (malam ini) pasti sukar, namun kami bersedia untuk menampilkan aksi terbaik," kata Almeida. 

Melaka yang berada dalam Kumpulan C bersama Kedah, Kelantan dan UiTM FC itu akan beraksi tanpa ketua pasukan, R. Surendran, yang mengalami kecederaan buku lali sewaktu beraksi menentang PKNS FC dalam kempen Liga Super, Sabtu lalu. 

"Surendran hanya akan dapat diturunkan dalam perlawanan seterusnya. 

"Tetapi, ada pemain akan mendapat peluang dan diuji."

Advertisement

Must Watch Video