Skip to main content

Bola Sepak

Kesukaran bentuk pasukan punca idea AFF ditolak

25617hamidin.jpg
Setiausaha Agung, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, menjelaskan kesukaran membentuk sebuah pasukan yang mantap menjadi punca mengapa majoriti ahli gabungan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) menolak idea pembentukan Liga Juara Asean (ASL).

AFF menuntut setiap ahli gabungan membentuk sebuah skuad terbaik bagi memastikan satu saingan kompetitif mampu tercetus dalam ASL.

Bagaimanapun, permintaan itu sukar dipenuhi memandangkan majoriti pemain lebih tertumpu kepada aksi dalam liga domestik negara masing-masing.

Menurut Hamidin, FAM yang diwakili timbalan presiden, Datuk Seri Subahan Kamal, turut tidak bersetuju dengan idea ASL kerana dilihat akan banyak mengganggu kelancaran kalendar bola sepak negara.

"Ramai yang tidak setuju dengan idea ini kerana ia telah menjejaskan jadual saingan domestik. Selain itu, untuk mendapatkan pasukan yang mantap juga antara kesukaran yang dihadapi bagi bersaing dalam ASL," katanya.

Advertisement

Must Watch Video