Skip to main content

Bola Sepak

Kesilapan kami sendiri -- Stones

21218john-stones.jpg
Pertahanan, John Stones, menyifatkan Manchester City hanya perlu menyalahkan diri sendiri di atas kekalahan mengejut 1-0 kepada Wigan Atheletic dalam aksi Piala FA, kelmarin.

Jaringan dalam babak kedua daripada Will Grigg memastikan kemenangan buat Wigan di Stadium DW, sekali gus meranapkan impian skuad Pep Guardiola itu untuk meraih empat trofi musim ini.

Stones mengakui ia merupakan satu tamparan hebat kepada City, yang perlu mencari semula rentak untuk aksi final Piala EFL berdepan Arsenal di Wembley hujung minggu ini.

"Mereka memiliki satu peluang dan menjaringkan gol tersebut. Ia merupakan kesalahan kami sendiri kerana tersingkir daripada Piala FA," katanya 

"Kami mahu bersaing dalam empat kejohanan bagi musim ini. Kekalahan ini merupakan tamparan hebat buat kami," ujarnya.

Advertisement

Must Watch Video