Skip to main content

Bola Sepak

Kerjasama jurulatih-pemain elemen penting kebangkitan Melaka

yusoff-mahadi-melaka-08617.jpg
Timbalan Presiden, Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Datuk Wira Yusoff Mahadi, mengesahkan Dejan Antonic dan Arcan Lurie sebagai calon jurulatih luar bagi mengisi kerusi panas yang dikosongkan Eric Williams. 

Kedudukan jurulatih Melaka semakin hangat apabila jurulatih asing turut berada dalam senarai akhir pasukan itu. 

Ia susulan sebelum ini apabila hanya jurulatih tempatan yang dikaitkan dengan pasukan ini, antaranya bekas jurulatih negara, Datuk K. Rajagobal, bekas jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah, dan bekas penolong jurulatih negara, Hassan Sazali Waras. 

Yusoff ketika ditanya mengenai jurulatih asing atau jurulatih tempatan menjadi pilihan Melaka, ini reaksinya: "Ini bukan berkenaan calon luar ataupun tempatan. 

"Macam mana seorang jurulatih itu dapat bekerjasama dengan pemain-pemain, itu adalah faktor penting. 

"Menerusi pengalaman dalam separuh kempen Liga Super musim ini, saya lihat jurulatih dan pemain gagal membentuk kerjasama yang baik."

Keputusan mengenai calon yang layak akan diputuskan selewat-lewatnya Sabtu ini. 

Sementara itu, Yusoff yang juga pengurus skuad Hang Tuah turut mengesahkan mereka hampir pasti mendapatkan penyerang import baru dari Nigeria bagi menggantikan Ilija Spasojevic yang direhatkan gara-gara kemerosotan prestasi. 

"Penyerang import baru ini mempunyai reputasi yang baik dan saya mengharapkan dia mampu menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam pusingan kedua (Liga Super) ini."

 

Advertisement

Must Watch Video