Pengendali Sabah, Jelius Ating, memuji semangat dan kerja keras anak buahnya sehingga membolehkan mereka mengatasi Pulau Pinang dalam aksi Liga Perdana di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam tadi.
"Mereka (pemain) bukan saja bekerja keras malam ini (semalam) tetapi juga dalam setiap sesi latihan dan mereka telah membuktikan ia berbaloi selepas mencatatkan kemenangan.
"Kami harap momentum ini akan diteruskan dalam aksi-aksi akan datang kerana kami mahu mengutip sebanyak mata yang boleh bagi mengukuhkan kedudukan," katanya dalam sidang media selepas perlawanan.
Walaupun menang, Jelius menganggap ia sebagai rezeki yang memihak mereka kerana pasukan pelawat memberikan tentangan yang sengit, namun nasib tidak menyebelahi mereka.
"Sebenarnya, kami juga mampu untuk mendapatkan lebih daripada dua gol tetapi bagi saya, jumlah gol itu tidak begitu penting kerana apa yang lebih penting ialah memenangi perlawanan dan mengutip tiga mata," katanya.
Sementara itu, pengendali Pulau Pinang, Kamal Khalid, berkata kegagalan pemainnya menggunakan peluang yang ada adalah antara faktor mereka tewas.
"Bagi saya, perlawanan agak seimbang, namun bezanya Sabah menggunakan setiap peluang yang ada manakala Pulau Pinang sebaliknya.
"Ada dua faktor kekalahan kami. Yang pertama, kami tidak memanfaatkan peluang dan yang kedua, kelemahan pengadil yang membenarkan gol kedua lawan sehingga melemahkan semangat kami," katanya.
Dalam perlawanan itu, gol Luis Carlos Junior dalam babak pertama dan kedua memastikan kemenangan 2-0 skuad Tambadau itu ke atas Pulau Pinang.
Kemenangan itu membolehkan Sabah menghuni tangga teratas Liga Perdana dengan 14 mata daripada empat kemenangan, dua seri dan satu kekalahan.