Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Keputusan seri adil untuk Perak, Pahang

mehmet.jpg
Perak dan Pahang mencatat keputusan seri 1-1 dalam aksi Liga Super di Ipoh malam tadi, sekali gus bermakna saingan untuk tempat kedua liga masih lagi terbuka buat empat pasukan dengan berbaki tiga perlawanan.

The Bos Gaurus kini menghuni tangga kedua liga dengan 32 mata manakala Pahang, Kedah dan Terengganu masing-masing terikat dengan 30 mata di belakang Perak sambil kedudukan hanya dipisahkan dengan jaringan gol.

Menyentuh perlawanan semalam, ternyata persaingan kedudukan liga sangat menarik apabila Perak dan Pahang mempamerkan permainan bermutu dengan masing-masing tampak tidak memberi tanda untuk menyerah kalah. 

"Perlawanan yang adil. Sangat menarik dan saling bersaing untuk mendapatkan gol. Kedua-dua pasukan berhak mencatat keputusan seri.

"Saya akui pasukan saya lebih berpeluang menjaringkan gol, namun kami lupakan dan lihat perlawanan akan datang. Satu mata adalah bagus untuk hari ini," ujar pengendali Perak, Mehmet Durakovic.

Bercakap mengenai persaingan empat penjuru untuk tempat kedua Liga Super, bekas ketua jurulatih Selangor itu menyifatkan ia amat sengit kerana jika berlaku kesilapan dalam percaturan, kedudukan setiap pasukan boleh berubah.

"Ia nampak getir hingga ke akhir persaingan. Mana-mana pasukan yang melakukan kesilapan akan ketinggalan," ujarnya.

Advertisement

Must Watch Video