Jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe, mengakui masih banyak 'kerja rumah' yang perlu dilakukannya untuk menghadapi Piala Suzuki AFF, November depan, selepas anak buahnya tampil dengan aksi kurang memuaskan ketika menewaskan Fiji 1-0 dalam perlawanan persahabatan di Cheras, semalam.
"Bagi saya, keputusan jaringan itu tidak penting. Yang penting, kami mahu melihat corak permainan dan saya melihat mereka boleh menunjukkan peningkatan untuk masa depan.
"Kami perlu mempertajamkan bahagian serangan kerana dua, tiga kali saya melihat hantaran-hantaran pemain tersekat," katanya.
Sementara itu, jurulatih Fiji, Christophe Gamel, tampak berbangga dengan kemampuan anak buahnya yang memberi tentangan sengit kepada skuad negara sebelum sekadar mengalami kekalahan tipis.
Mempertaruhkan barisan pemain muda dan rata-ratanya merupakan pemain amatur, skuad Fiji juga hampir mengejutkan Malaysia seawal pada minit ketiga, namun percubaan Christopher Wasasala terkena tiang gol.
"Kami memberikan mereka masalah. Saya meletakkan empat pemain bawah 19 tahun. Sudah tentu mereka perlu meningkatkan lagi permainan dan belajar untuk masa depan," katanya.
Malaysia meraih jaringan menerusi Muhammad Syafiq Ahmad pada minit ke-19.