Keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang membenarkan pasukan tuan rumah menaikkan harga tiket sebanyak 20 peratus untuk penyokong pasukan pelawat adalah bertujuan untuk mengawal harga tiket daripada naik mendadak.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam, berkata keputusan Ahli Lembaga Pengarah MFL itu bertujuan menjaga kepentingan penyokong pelawat supaya pasukan tuan rumah tidak boleh meletakkan harga tiket melebihi harga yang ditetapkan.
Selain itu, jelas Kevin, kenaikan harga berkenaan bertujuan menampung kos tambahan kepada pasukan tuan rumah yang perlu menyediakan kawalan keselamatan tambahan buat penyokong pasukan pelawat selepas MFL menetapkan had minimum jumlah tiket yang perlu dijual kepada penyokong pelawat.
Beliau berkata sebelum ini tiada kawalan harga tiket untuk penyokong pasukan pelawat dengan tuan rumah berhak menentukan harga masing-masing.
"Susulan peraturan kawalan harga tiket dan peruntukan minimum tiket kepada penyokong pasukan pelawat, maka ia dapat mengelak pasukan tuan rumah daripada mengambil kesempatan menjual tiket dengan harga yang jauh lebih tinggi daripada harga semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahli Lembaga Pengarah MFL, yang bersidang pada 15 Mac lalu, membenarkan kenaikan maksimum 20 peratus bagi harga tiket penyokong pasukan pelawat selepas MFL menetapkan peraturan kepada pasukan tuan rumah untuk memperuntukkan sejumlah tiket minimum kepada penyokong pasukan pelawat.
Berdasarkan peraturan itu, pasukan tuan rumah wajib memperuntukkan minimum 300 keping tiket bagi stadium dengan kapasiti di bawah 20,000 tempat duduk, 500 tiket (kapasiti antara 20,000 sehingga 40,000) dan peruntukan minimum 1,000 keping tiket bagi stadium dengan kapasiti lebih daripada 40,000 tempat duduk.
Dalam perkembangan sama, Kevin menegaskan keputusan peruntukan minimum tiket dibuat selepas mendapati penjualan tiket kepada penyokong pasukan pelawat bergantung kepada budi bicara tuan rumah.
Bagaimanapun, katanya, tiada halangan buat pasukan tuan rumah menjual tiket kepada penyokong pasukan pelawat melebihi had minimum yang ditetapkan.
-- BERNAMA