Pertembungan Liga Super di antara Melaka United dan Kuala Lumpur di Stadium Hang Jebat semalam memaparkan nasib berbeza dua jurulatih.
Seorang jurulatih tahu apa perlu dilakukan untuk membentuk skuad yang mampu mencabar kejuaraan manakala seorang lagi semakin hilang kawalan terhadap nasib pasukannya.
Sebelum Liga Super membuka tirai, terbit persoalan mengenai kemampuan Zainal Abidin Hassan menangani ego barisan bintang dalam bilik persalinan Melaka United.
Ia ditambah dengan kehadiran bekas import berpengaruh Kedah, Liridon Krasniqi, yang dilabel sebagai pemain bermasalah.
Bagaimanapun, selepas lima perlawanan Liga Super dengan rekod tiga kemenangan, satu seri dan satu kekalahan, Zainal membuktikan tiada pemain lebih besar berbanding aspirasi Melaka United untuk mencabar kejuaraan musim ini.
Kemenangan ketiga Melaka United hadir menerusi kejayaan mengatasi Kuala Lumpur 2-0 di Stadium Hang Jebat.
"Mereka semua mempunyai tanggungjawab tersendiri di atas padang.
"Sebagai jurulatih, saya selalu tekankan tidak kira sama ada mereka pemain bintang atau tidak, mereka perlu melakukan tugas mereka
"Sedikit demi sedikit keserasian pasukan ini semakin baik dan kemenangan ini semakin meningkatkan keyakinan mereka," katanya.
Sementara itu, Kuala Lumpur dan pengendalinya, Yusri Che Lah, di ambang krisis selepas kekalahan terbaru itu.
Kekalahan tersebut merupakan kekalahan keempat mereka musim ini, sekaligus menjadi pasukan tunggal tanpa sebarang mata setakat ini.
Selepas ini, skuad The City Boys itu akan melayani kunjungan Selangor yang turut memburu kemenangan pertama selepas lima perlawanan.
"Tidak ada jurulatih yang mahukan kekalahan demi kekalahan.
"Namun, saya perlu akui kami masih jauh ketinggalan dalam pelbagai aspek.
"Tekanan kini sudah pasti meluap-luap tetapi saya tidak boleh menunjukkan wajah saya yang tertekan kerana barisan pemain saya sudah pasti lebih berasakannya.
"Mereka telah mencuba dan saya mengharapkan mereka akan terus mencuba untuk mendapatkan keputusan yang baik," kata Yusri.