Skip to main content

Bola Sepak

Kemenangan manis buat The City Boys

kualalumpur120218.jpg
Biarpun saingan liga masih jauh, namun skuad warga kota melakar kemenangan motivasi yang bukan sahaja kemenangan pertama dalam Liga Super selepas tiga perlawanan tetapi menumpaskan juara empat tahun berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT).

Meskipun perlawanan yang sepatutnya dihabiskan pada Sabtu lalu ditangguhkan pada minit ke-56 gara-gara hujan lebat, ia tidak sedikit melunturkan momentum skuad warga kota yang ketika itu memiliki kelebihan satu gol hasil jaringan Paulo Josue sebelum tamat separuh masa pertama.

Tuan rumah kembali membuat perhitungan semula dengan JDT semalam dengan perlawanan hanya berlangsung selama 33 minit, dan JDT melancarkan serangan bertubi-tubi ke kubu Kuala Lumpur, namun gagal meledak sebarang jaringan.

Penjaga gol, Kamarul Effandi Abdul Rahim, yang dikritik hebat dalam dua perlawanan sebelum ini, cemerlang menafikan semua percubaan JDT.

"Jauh lagi perjalanan musim ini. Kami mengikut arahan yang telah ditetapkan oleh pengendali pasukan dan kami berjaya mencipt kemenangan," kata Kamarul Effandi .

"Kemenangan ini merupakan peningkat motivasi kami. JDT telah memberikan tekanan kepada kami sepanjang perlawanan dan kami mahu mengambil keputusan ini untuk menghadapi perlawanan akan datang," kata Josue.

Ini merupakan kekalahan pertama JDT bagi saingan musim ini selepas tewas buat kali terakhir pada 28 September lalu kepada Felda United.

"Saya menurunkan kesebelasan terbaik saya semalam (Sabtu) dan mengekalkannya untuk perlawanan hari ini (Ahad). Kami sudah mencuba memberikan yang terbaik, namun tuah tidak memihak kepada kami," kata jurulatih JDT, Ulisses Morais.

Kredit: Football Malaysia LLP

Advertisement

Must Watch Video