Kekalahan 2-0 kepada Kedah menyaksikan pasukan Pulau Pinang terus kempunan untuk mencatat kemenangan di laman sendiri dalam saingan Liga Super musim ini, sekaligus menyukarkan usaha skuad kendalian Zainal Abidin Hassan itu untuk mengelak daripada tersingkir ke Liga Perdana musim depan.
Biarpun berjaya menumbangkan juara Liga Perdana 2016, Melaka United, di laman lawan pada minggu lalu, ternyata skuad Pulau Mutiara itu tidak mampu menghadirkan rasa gerun buat Kedah.
Pasukan Harimau Kumbang dilihat buntu untuk memanfaatkan setiap peluang mencipta jaringan dan hakikat itu tidak dinafikan oleh Zainal sendiri.
"Pemain perlu ingat bahawa jika tiada kemenangan, tidak akan memberi sebarang makna kerana ia penting untuk menghindarkan pasukan daripada situasi bahaya," katanya.
Sementara itu, pengendali Kedah, Nizam Adzha Yusof, lega percaturannya merehatkan dua tonggak pasukan, Baddrol Bakhtiar serta Khairul Helmi Johari, membuahkan hasil.
Jadual perlawanan yang padat menyebabkan Nidzam terpaksa mencipta sendiri sistem penggiliran dalam kesebelasan utama sambil menyifatkan kemenangan ke atas Pulau Pinang mampu menjadi tonik buat pasukannya menghadapi Piala Malaysia.
"Kami memang menyimpan Baddrol dan Khairul Helmi kerana memikirkan perlawanan selepas ini," katanya.