Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Kemenangan Colombia 'dicuri' -- Maradona

diegomaradona.jpg
Legenda Argentina, Diego Maradona, percaya kemenangan Colombia seperti "dicuri" oleh England dalam aksi kalah mati Piala Dunia.

Maradona, yang terkenal dengan jaringan "Tangan Tuhan" untuk menyingkirkan England dalam Piala Dunia 1986, memberikan sokongan kepada Colombia selepas negaranya tersingkir daripada Piala Dunia selepas tewas 4-3 kepada Perancis.

Bagaimanapun, harapan Colombia dileburkan dengan kekalahan penentuan sepakan penalti 4-3 di sebalik tandukan Yerry Mina pada masa kecederaan untuk menafikan jaringan pembukaan Harry Kane.

Skuad kendalian Jose Pekerman itu telah dilayangkan enam kad kuning dalam perlawanan tersebut tetapi Maradona berkata kemenangan Colombia telah dicuri dan mempersoalkan kredibiliti pengadil perlawanan, Mark Geiger.

"Saya melihat kemenangan Colombia bagai diragut dalam perlawanan ini. Saya memohon maaf kepada semua rakyat Colombia, pemain-pemain seharusnya tidak menyalahkan diri mereka sendiri," katanya.

"Tetapi saya berasakan Geiger tidak seharusnya dilantik menjadi pengadil untuk perlawanan ini."

Maradona ternyata bingung dengan keputusan Geiger yang menyaksikan sepakan penalti yang diberikan kepada England selepas Harry Kane dijatuhkan oleh Carlos Sanchez, dengan menganggap kesalahan itu terlalu ringan.

"England tidak berhak menerima sepakan penalti itu.

"Ia merupakan kesilapan Kane. Mana VAR untuk mengesahkan perkara ini? Sepakan penalti itu seharusnya dibatalkan," katanya lagi.

Advertisement

Must Watch Video