Kemenangan 4-0 ke atas Basel dalam Liga Juara-Juara Eropah akan membantu Manchester City apabila mereka beralih arah kepada perlawanan domestik, kata pengurus, Pep Guardiola.
Empat gol hasil dua jaringan Ilkay Gundogan dan satu masing-masing daripada Bernardo Silva dan Sergio Aguero menyaksikan peneraju Liga Perdana Inggeris itu menguasai perlawanan pusingan 16 di St Jakob-Park.
Kunjungan Basel ke Stadium Etihad ialah pada 7 Mac, 10 hari selepas aksi City menentang Arsenal dalam final Piala EFL di Wembley, dengan perlawanan Liga Perdana melawan The Gunners dan Chelsea di antara dua perlawanan itu.
Sekiranya skuad Guardiola itu menewaskan pasukan Liga Satu, Wigan Athletic, Selasa ini, mereka akan menghadapi suku akhir Piala FA pada hujung minggu 18 dan 19 Mac.
Bercakap selepas perlawanan di Switzerland dan menilai jadual pertandingan berbeza itu, Guardiola berkata: "Ini sangat penting. Sudah tentu kami akan memberi tumpuan kepada Basel tetapi keputusannya...
"Arsenal dan Chelsea, ia sangat penting untuk memberi tumpuan di sana dan membuat satu lagi langkah untuk cuba menghampiri Liga Perdana.
"Kami tidak fikirkannya. Daripada pengalaman saya dalam Liga Juara-Juara, apabila bermain pusingan 16, kamu selalu buat (penilaian) sehingga perlawanan kedua.
"Tetapi kami klinikal, kami bermain bagus. Saya fikir kami bermain pada tahap yang sama seperti dalam tempoh lalu.
"Sekiranya boleh mara ke suku akhir, kami akan melakukan lebih baik daripada musim lalu dan itu adalah langkah pertama," katanya.
Guardiola menyuarakan kebimbangannya terhadapjadual padat perayaan di England pada awal musim ini tetapi mengatakan Basel tidak berada pada tahap terbaik yang menyaksikan mereka menewaskan Manchester United dalam peringkat kumpulan. Ini kerana mereka berada dalam tempoh rehat pertengahan musim.
"Saya mempunyai pengalaman kejurulatihan di Jerman dan saya boleh katakan rehat musim sejuk -- mungkin Raphael Wicky, jurulatih Basel, lebih mengetahui -- kamu kehilangan rentak dan momentum pasukan," katanya.
"Tetapi Basel menunjukkan mereka boleh bermain pada tahap ini apabila menewaskna Benfica, CSKA Moscow dan Manchester United. Jelas, mereka berada dalam rentak berbeza.
"Rehat dua bulan seperti ini sukar untuk diatasi. Saya mempunyai pengalaman di Munich dan sedikit memberikan kelebihan buat pasukan. Pendapat saya tidak berubah mengenai Basel."