Skip to main content

Bola Sepak

Kelibat Pagliuca pencetus semangat -- Padelli

pagliuca-090717.jpg
Penjaga gol baru Inter Milan, Daniele Padelli, menyifatkan kehebatan legenda, Gianluca Pagliuca, ketika era 90-an telah mewujudkan rasa cintanya terhadap pasukan tersebut. 

Padelli merupakan pilihan utama di Torino sebelum tempatnya itu diambil-alih oleh penjaga gol England, Joe Hart, yang dipinjamkan dari Manchester City, musim lalu.

Ia menyebabkannya nekad meninggalkan skuad kendalian Sinisa Mihajlovic itu untuk menyertai Inter menerusi perpindahan percuma, awal minggu ini.

Ketika sidang media pengenalannya kepada skuad Nerrazzuri, Padelli tanpa berselindung mendedahkan kekagumannya terhadap kehebatan Pagliuca dan juga Inter Milan.

“Ia adalah impian sejak kecil.

"Ketika kecil, saya mempunyai pelekat gambar Pagliuca di baju Inter dan menampalkan gambar dan nama saya padanya,” kata Padelli.

“Saya menerima beberapa tawaran, namun bagi saya, pilihan ke Inter adalah satu penghormatan,” tambahnya.

Padelli akan menjadi penjaga gol kedua di belakang bekas rakan sepasukan di Udinese, Samir Handanovic, dan dia gembira untuk bekerjasama semula dengan penjaga gol Slovenia itu.

“Saya boleh mempelajari pelbagai perkara dengannya dan Handanovic adalah seorang pemain yang sangat profesional,” ujarnya. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video