Skip to main content

Bola Sepak

Kelibat Ghaddar cetus gerun Semut Merah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nizam-240517.jpg
Ketua pasukan PKNS FC, Nizam Abu Bakar, mengakui skuad Semut Merah sedikit resah menjelang aksi berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) tanpa khidmat pemain pertahanan import, Gonzalo Soto, di Stadium Shah Alam, malam ini.

Nizam tidak menafikan pendahulu Liga Super itu pasti turun dengan kekuatan berbeza selepas berjaya mengikat penjaring terbanyak, Mohammed Ghaddar, dari Kelantan.

Dia amat mengenali Ghaddar kerana pernah beraksi bersama Felda United pada 2013 dan Nizam sedar PKNS perlu menampilkan aksi lebih daripada biasa ketika menghadapi tentangan JDT.

Namun, Nizam mengakui ia bukan tugas mudah tanpa kehadiran Soto yang merupakan nadi di bahagian pertahanan.

"Dia cukup berbahaya di dalam kotak penalti, dia mampu menyumbat gol.

"Kami perlu lebih berwaspada ketika merantai pergerakannya.

"Bukan itu sahaja, pemain-pemain JDT yang lain juga mampu menjaringkan gol.

"Oleh itu, kami perlu lebih berhati-hati," katanya.

Nizam, yang beraksi di bahagian tengah, bersedia andai jurulatih, E. Elavarasan, mahu menurunkannya di bahagian pertahanan.

Ini kerana pada musim lalu, dia sering kali menjadi pilihan Elavarasan untuk digandingkan bersama Soto selaku pertahanan tengah.

"Sama ada beraksi di posisi tengah mahupun pertahanan, saya perlu memberikan aksi terbaik.

"Meskipun sedar sukar mencapai kemenangan, kami akan tetap memberikan aksi terbaik."

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video