Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Ujian sebenar menanti Harimau Malaya di Muscat

arif-aiman-new.jpg
Malaysia bakal melewati dua tugas getir berdepan Oman dalam saingan Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia di Muscat dan Bukit Jalil. 

Kedua-dua pasukan baru sahaja menamatkan saingan di pentas Piala Asia, Malaysia menamatkan saingan dengan satu keputusan seri untuk menamatkan saingan di tempat keempat sementara Oman meraih dua seri.

Ketika Malaysia menghuni tangga teratas Kumpulan D, dua perlawanan berikutnya amat penting buat Malaysia dalam usaha untuk mereka memastikan kelayakan ke peringkat berikutnya sementara mahu memastikan tempat dalam saingan Piala Asia di Arab Saudi nanti.

Berdasarkan enam pertemuan antara kedua-dua pasukan, Malaysia hanya menang dua, seri satu kali dan tewas tiga.

Ternyata dengan skuad dimiliki ketika ini, Malaysia sudah pasti dijangka bakal menjelmakan keputusan yang positif di sebalik tanpa beberapa tonggak berpengalaman skuad Harimau Malaya itu.

Matt Davies, dan Junior Eldstald antara pemain yang berpengalaman tidak akan menyertai Malaya namun setiap peranangan pengendali pasukan, Kim Pan-gon, sudah pasti merupakan yang terbaik bagi memastikan kelangsungan pasukan bimbingannya.
 

Advertisement

Must Watch Video