BOLA SEPAK MSIA
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Pemain muda taruhan baru Pan-gon lawan Oman
Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon, optimis beberapa muka baru yang dipanggilnya ke kem latihan pusat kali ini adalah untuk memberi saingan di antara para pemain sebelum membawa 25 pemain dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, minggu depan.
Bagaimanapun, dijangkakan beberapa muka baru bakal menyertai barisan pemain negara untuk aksi berdepan Oman, di Sultan Qaboos Sport Complex, Muscat pada 21 Mac sebelum aksi timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 26 Mac nanti.
Sesi latihan skuad Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya, malam tadi pada hari ketujuh kem latihan pusat menjelang dua aksi Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman, 21 & 26 Mac ini.#FAM #HarimauMalaya #FIFAWorldCup #AsianCup2027 pic.twitter.com/UPFrb7L8lg— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) March 14, 2024
Iklan
"Kami menyediakan pasukan dengan tektikal dan strategi sebelum bertemu Oman nanti maka kami membuat keputusan untuk memanggil ramai pemain muda untuk melihat beberapa bakat baru.
"Kami mahu melihat persaingan di dalam kem latihan ini sebelum mengurangkan pasukan menjadi 25 pemain sahaja untuk dibawa bertemu Oman nanti."
Must-Watch Video