Sehari sebelum aksi menentang Oman bagi pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon, menuntut janji daripada pihak pengurusan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dalam memastikan venue berkenaan berada di tahap terbaik.
Ini selepas tular satu video di media sosial, yang menunjukkan keadaan padang venue itu masih belum berada dalam keadaan sempurna sejak penganjuran sebuah konsert bulan lalu.
Pan-gon sebelum ini sudah menyuarakan rasa tidak puas hatinya dengan keadaan pada itu ketika mengadakan lawatan di gelanggang berkenaan pada 7 Mac lalu.
"Saya masih tidak dapat melihat keadaan padang seperti yang dia janjikan kepada saya hari itu.
"Dia berjanji kepada saya bahawa padang akan berada dalam keadaan baik pada hari perlawanan, jadi saya menantikan esok agar kita dapat melihat padang yang baik," katanya.