Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: 8 tiket percuma Malaysia lawan Kyrgyzstan menanti anda!

malaysias-kyrgyzstan-2023.jpg
Empat orang penyokong bertuah akan menerima dua tiket setiap seorang bagi menyaksikan secara langsung perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 melibatkan pasukan kebanggaan kita semua, Malaysia menentang Kyrgyzstan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Khamis.

Harimau Malaya bakal menerima kunjungan pasukan yang menghuni ranking ke-97 dunia, Kyrgyzstan dalam aksi kelayakan Kumpulan D sudah pasti menagih sorakan 'ekor' dalam memburu tiga mata penting daripada perlawanan ini. 

Jadi, Stadium Astro membuka peluang kepada anda untuk memenangi tiket perlawanan bagi aksi tersebut!

Hanya dengan menjawab soalan mudah di bawah, anda berpeluang untuk memenangi dua tiket setiap seorang kepada empat pemenang bagi menyaksikan perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Apakah kemenangan terbesar Malaysia dalam aksi antarabangsa, bertemu siapa dan jumlah jaringan dalam perlawanan tersebut?" 

Empat penyokong dengan jawapan paling kreatif dan 'like' terbanyak bakal diumumkan sebagai pemenang tiket berkenaan pada 16 November (Khamis) ini.

Pastikan cek DM di X dan Facebook, pemenang bakal dihubungi oleh pihak kami. Semoga berjaya!

Advertisement

Must Watch Video