SWITZERLAND 0 ITALI 0
Roberto Mancini merancang untuk merombak kesebelasan utama Itali sempena perlawanan seterusnya selepas anak buahnya kelihatan lesu ketika diikat tanpa jaringan bertemu Switzerland, sebentar tadi.
Azzurri mencipta banyak peluang sementara sepakan penalti Jorginho diselamatkan oleh ketangkasan Yann Sommer yang turut menyelamatkan tujuh percubaan berbahaya dalam pertembungan kelayakan Piala Dunia di St. Jakob-Park itu.
Ini kali kedua berturut-turut juara Eropah itu kebuntuan kemenangan dalam masa tiga hari selepas seri 1-1 dengan Bulgaria.
Walaupun tercicir mata, Itali melebarkan rekod 36 perlawanan tanpa kalah mereka untuk menyamai rekod cemerlang Brazil yang dirakam di antara 1993 dan 1996.
Mancini meluahkan kekecewaan berhubung ketajaman Itali di depan gawang yang menyaksikan mereka gagal mencetak sebarang gol selepas 18 perlawanan.
"Ini adalah detiknya apabila bola tidak mahu masuk," katanya kepada Rai Sport.
"Sekali lagi kami memiliki terlalu deretan peluang tetapi tidak memenangi perlawanan ini.
"Ini bukan satu bentuk hukuman, ini situasi berbeza. Kami harus lebih bertekad, klinikal dan bertindak tepat.
"Sama seperti bertemu Bulgaria, ini merupakan satu lagi perlawanan yang kami tidak boleh gagal memandangkan banyak peluang untuk menghasilkan gol.
"Situasi menjadi lebih sukar dalam separuh masa kedua tetapi kami mempunyai peluang dalam babak pertama dan kedua, ini bermaksud kami beraksi dengan baik.
"Pemain-pemain saya keletihan, jadi pasti akan ada beberapa perubahan untuk perlawanan berikutnya. Kami melepaskan peluang, sama seperti Jumaat lalu. Situasinya memang sama."

Ujian seterusnya ialah menentang Lithuania di Reggio Emilia, Khamis ini dan Itali sekali lagi dianggap sebagai pasukan pilihan untuk menang.
Keputusan seri itu menyaksikan Itali empat mata mendahului Switzerland tetapi pasukan di tempat kedua Kumpulan C itu memiliki kelebihan dua perlawanan.
Dengan kedua-dua pasukan akan berentap dalam aksi timbal balik dua bulan lagi, Mancini percaya bahawa pertembungan itu akan menjadi penentu untuk kelayakan automatik.
"Ya, saya rasa ia akan berlaku," katanya.