Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Dunia: Calvert-Lewin terlepas wakili England kerana cedera paha

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dominic-calvert-lewin.jpg
Penyerang Everton, Dominic Calvert-Lewin, diketepikan daripada skuad England menjelang pusingan kelayakan Piala Dunia Qatar minggu ini gara-gara kecederaan paha.

Pemain berusia 24 tahun itu mengalami kecederaan berkenaan ketika menewaskan Brighton and Hove Albion 2-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu lalu.

Calvert-Lewin, yang menjaringkan tiga gol daripada tiga perlawanan liga musim ini, telah menjalani imbasan kecederaan itu dan terpaksa menarik diri daripada skuad kebangsaan England.

Bagaimanapun, pengurus, Gareth Southgate, tidak memanggil sebarang pemain bagi menggantikan tempatnya dan ia bermakna pasukan naib juara Euro 2020 berkenaan hanya akan dibarisi 24 pemain dalam tiga perlawanan peringkat kelayakan kali ini.

The Three Lions akan menghadapi Hungary di Arena Puskas awal pagi Jumaat ini sebelum menghadapi Andora dan Poland minggu depan.

England kini sedang menerajui Kumpulan I dengan tiga kemenangan daripada tiga perlawanan dan berkelebihan dua mata di depan Hungary.
 

Advertisement

Must Watch Video