Bintang Chelsea, Eden Hazard, terpaksa melupakan aksi persahabatan dan kelayakan Piala Dunia 2018 apabila mengalami kecederaan retak buku lali, semalam.
Pemain sayap itu bakal terlepas perlawanan persahabatan menentang Republik Czech hari ini sebelum dijangka turut menyaksikan aksi kelayakan Piala Dunia menentang Estonia dari tempat duduk penonton pada Sabtu.
Hazard terkehel buku lali ketika sesi latihan skuad Belgium dan terus disingkirkan daripada senarai pemain untuk aksi antarabangsa walaupun Persatuan Bola Sepak Diraja Belgium (KBVB) tidak dapat memberi keputusan awal mengenai status kecederaan itu.
Bagaimanapun, tidak selepas itu pihak KBVB mengumumkan Hazard sah tidak dapat beraksi selepas retak tulang buku lali.
“Eden Hazard terpaksa direhatkan selepas terkehel buku lali ketika sesi latihan,” kenyataan ringkas pihak KBVB melalui laman sosial Twitter.
“Terbaru | Pihak perubatan mengesahkan Hazard mengalami keretakan pada buku lali kanan,” kenyataan susulan dari pihak KBVB.
Sehingga kini, masih belum jelas tempoh pemain berusia 26 tahun itu perlu berehat, namun kecederaan itu mungkin akan mengganggu persediaan Hazard untuk menghadapi aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2017-18.
Belgium kini di tangga pertama Kumpulan H dengan 13 mata selepas lima perlawanan, lebih dua mata berbanding Greece di tempat kedua dan Bosnia-Herzegovina di tempat ketiga dengan 10 mata.