Harimau Malaya masih belum cukup diuji.
Pandangan itu dilemparkan bekas penyerang negara, Safee Sali, yang menyifatkan langkah kanan Harimau Malaya ketika mengatasi Nepal sebagai bukanlah satu kejutan.
Malah, kemenangan pertama dalam Kumpulan F, kelayakan Piala Asia 2027 itu belum cukup untuk skuad negara dilabel sudah melalui proses transisi sempurna.
Safee tidak berselindung di sebalik kemenangan pertama skuad kendalian Peter Cklamovski menjinakkan Nepal 2-0.
Ia sememangnya langkah kanan yang sudah dijangka berdasarkan kepada perbezaan prestasi Nepal dan Malaysia yang memiliki jurang besar.
"Kemenangan harus diraikan. Bagi saya langkah kanan, permulaan yang baik.
"Kita nampak di bawah jurulatih baru, tempo permainan yang sangat tinggi tetapi Nepal bukan lawan sebenar kita.
"Walaupun Nepal menang ke atas Singapura dalam perlawanan persahabatan, pemain negara berkelebihan sebaliknya mempunyai lebih berpengalaman, pemain baru yang dibawa masuk selain mempunyai ranking yang lebih baik," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Tambahnya, ujian sebenar buat barisan Cklamovski belum berlaku malah tidak teragak-agak menyatakan prestasi skuad kebangsaan ketika ini tidak banyak beza berbanding era Kim Pan-gon.
Bagaimanapun, kelibat Hector Hevel memberi impak yang baik untuk pasukan.
Malah, pendedahan pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang bakal membawa masuk tujuh lagu pemain berdarah warisan menambahkan lagi keterujaan projek revolusi yang hangat diperkatakan.
"Permainannya sangat sesuai di posisi tersebut. Nepal tidak memberikan ujian sebenar jadi pemain kita selesa untuk beraksi mengikut perancangan," katanya lagi.