BOLA SEPAK MSIA
Kelayakan Piala Asia: Persepsi awal jadi ujian getir Cklamovski
Perlawanan pembukaan melibatkan skuad Harimau Malaya sering dikaitkan dengan kesulitan untuk membuka langkah kanan.
Maka perkara itu seharusnya dielakkan pengendali kebangsaan, Peter Cklamovski, di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) malam esok kerana kemenangan pertama mampu mengubah persepsi awal.
Projek revolusi yang sedang berlangsung ketika ini mampu memberi keputusan positif walaupun kebersamaan pemain untuk persediaan menghadapi ujian sulung kelayakan Piala Asia 2027 itu hanya berlangsung dalam tempoh lapan hari.
Iklan
"Nota yang baik adalah kemenangan.
"Apa pun, kemenangan amatlah penting kerana hanya lapan hari sahaja dia membuat persiapan tanpa perlawanan persahabatan.
"Kita tidak akan nampak segala apa yang dia curahkan," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Bertemu Nepal membawa pelbagai perspektif selepas seteru yang dibimbing Matthew Ross itu memberi amaran awal dengan membenam Singapura minggu lalu
"Esok adalah malam yang penting, malam permulaan untuk mendapatkan sokongan daripada semua pihak.
Kita perlu terus menyokong mereka untuk berjaya, tugas pertama esok merupakan tugas yang amat penting.
Must-Watch Video