PIALA ASIA
Kelayakan Piala Asia: Nasib 29 pemain ditentukan hari ini
Senarai akhir skuad Harimau Malaya untuk aksi Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal akan ditentukan selepas sesi latihan terakhir.
Buat masa ini, seramai 29 pemain sedang menjalani Latihan penuh di bawah kendalian jurulatih, Peter Cklamovski, namun hanya 23 orang akan dipilih untuk perlawanan malam ini.
Perkara itu dikongsikan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, di laman X.
Iklan
“29 pemain kekal berlatih, keputusan ketepikan enam pemain daripada skuad akhir akan dibuat selepas sesi latihan terakhir.”
Terdahulu, Cklamovski memanggil 27 pemain ke kem latihan, namun jumlah itu bertambah kepada 29 selepas penyertaan dua pemain warisan, Hector Hevel dan Gabriel Palmero.29 pemain kekal berlatih, keputusan ketepikan 6 pemain daripada skuad akhir 23 pemain akan dibuat selepas sesi latihan terakhir. 🐯🔥@ASTROARENA pic.twitter.com/HZFhKGrndZ— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) March 24, 2025
Setakat ini, hanya nama Natxo Insa telah dikeluarkan daripada skuad kerana masih dalam proses pemulihan akibat kecederaan bersama kelabnya, Johor Darul Ta’zim (JDT).
“Natxo menjalani pemulihan individu. Berdasarkan keadaan fizikalnya sekarang, kami terpaksa mengetepikannya. Itu keputusan terbaik untuknya,” kata Cklamovski kepada MakanBola.
Perlawanan menentang Nepal akan menjadi ujian pertama buat debut Cklamovski dalam membentuk pasukan Harimau Malaya dengan revolusi baharu.
Must-Watch Video