Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia: Faisal Halim pastikan tiga mata, Harimau Malaya tutup kempen 2025 dengan kemenangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

harith-haikal.jpg
NEPAL 0 MALAYSIA 1 

Faisal Halim menghadiahkan gol tunggal ketika Harimau Malaya menundukkan Nepal 1-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.


Di sebalik kemelut luar padang yang menggoncangkan kem negara ketika ini, anak buah Peter Cklamovski tetap tampil bersemangat untuk menghadapi Nepal yang bertindak sebagai tuan rumah bagi pertemuan kelima kelayakan Piala Asia itu, 

Skuad negara yang memulakan aksi dengan asakan bertali-arus dalam misi memburu gol awal dikejutkan apabila Pemain Paling Bernilai negara, Arif Aiman Hanapi, terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan hamstring pada minit ke-8, dan tempatnya digantikan Faisal. 

Pasukan kebangsaan terus garang pada minit ke-21 apabila hampir saja mendapatkan gol pertama dengan ledakan Safawi Rasid, namun tepat ke dakapan penjaga gol Nepal, Kiran Chemjong, disusuli tandukan La'vere Corbin-Ong di depan gawang yang tersasar. 

Namun, kebuntuan itu akhirnya terlerai menerusi rembatan Faisal selepas 11 minit permainan bersambung. 




Malaysia terus memburu tambahan gol menerusi Ubaidullah Shamsul pada minit ke-65 sebelum percubaan daripada Noaa Laine 10 minit selepas itu.

Harimau Malaya dihadiahkan sepakan penalti selepas kekasaran Ananta Tamang ke atas Harith Haikal pada masa kecederaan, namun rembatan Paulo Joseu pula tersasar untuk kemenangan tipis 1-0, sekali gus mengekalkan rentak empat kemenangan yang dicipta sebelum ini.



 
Football

Sepak Padu Dengan Adidas

Ringan, power dan bergaya - kasut bola Adidas untuk semua.
Grab Sekarang

Advertisement

Must Watch Video