'Bangkit semula', Jurulatih skuad negara, Peter Cklamovski, menitip pesanan kepada tujuh pemain yang tidak tersenarai dalam skuad 23 pemain untuk aksi Kelayakan Piala Asia bertemu Nepal.
Ia menyaksikan Mohamadou Sumareh, Gabriel Palmero dan Natxo Insa antara tidak tersenarai.
Cklamovski turut mendedahkan keutamaannya untuk aksi malam ini.
Zikri Khalili, Safwan Mazlan, Haqimi Azim dan Christian Abad melengkapkan senarai tujuh pemain yang diketepikan daripada aksi bertemu Nepal malam ini di Stadium Sultan Ibrahim.
Jurulatih dari Australia itu turut menegaskan perbezaan ranking tidak boleh dijadikan sebagai ukuran sambil menolak untuk menjadikan perlawanan itu sebagai misi peribadi.
"Kepada pemain yang tidak tersenarai dalam pasukan bertemu Nepal kali ini, saya berharap ia akan menjadi motivasi buat mereka untuk terus bersaing pada perlawanan akan datang. Seperti yang saya katakan sebelum ini, kami satu pasukan, satu negara dan mahu membanggakan nama Malaysia," katanya.

Kelayakan Piala Asia 2027: Sumareh serta pemain warisan terbaru antara tujuh nama terlepas senarai 23 pemainhttps://t.co/Kko9D5LkR2
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) March 25, 2025