Malaysia tidak merancang untuk menarik diri daripada menganjurkan pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2023.
Perlawanan Kumpulan E yang mengandungi Malaysia, Bahrain, Bangladesh dan Turkmenistan itu diura-ura mungkin tidak dianjurkan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, seperti yang dijadualkan Jun depan.
Ia berikutan peningkatan kes tinggi COVID-19 yang boleh menghalang negara daripada menjadi penganjur terbaik selain isu skuad Piala AFF B-23 negara yang kini terkandas di Phnom Penh, Kemboja, akibat jangkitan pandemik itu.
Perkara itu dinyatakan dengan cukup jelas oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk membatalkan penganjuran kejohanan berkenaan.
Apa pun, antara prosedur operasi standard (SOP) hanya membenarkan kemasukan penyokong kepada separuh kapasiti stadium selain larangan makan dan minum akan tetap diteruskan.
"Pada ketika ini, SOP seperti sedia ada. penganjuran kami tiada perbincangan untuk diteruskan atau tangguh.
"Maksudnya setakat ini semuanya mengikut pelan, semuanya berjalan dengan baik.
"Insya-Allah kita doakan tidak ada peningkatan kes dan dapat keputusan yang kita tidak boleh menganjurkan perlawanan atau kejohanan di dalam negara," katanya dalam Majlis Pelancaran Buku Dato' Shukor Salleh - Jeneral Padang di Wisma FAM pagi tadi.
Sementara itu, Faizal menjelaskan keadaan pasukan B-23 negara yang dikuarantin di Kemboja akan terus dipantau dan ia tidak membimbangkan.
"Saya dimaklumkan 12 orang iaitu pemain termasuk pegawai yang terpaksa menangguhkan kepulangan mereka ke tanah air kerana positif COVID-19.
"Kami dapati kesihatan mereka tidak membimbangkan," katanya lagi.