"Kekecewaan paling dalam." Itu luahan jurulatih skuad B-22 negara, Datuk Ong Kim Swee, selepas anak buahnya gagal melakar kejutan ke atas China meskipun mereka sudah diberi dua peluang sepanjang 90 minit aksi kelayakan Kejohanan AFC B-23 2020 di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Peluang beraksi dalam pusingan akhir di Thailand sudah pun terlayar di hadapan mata pada ketika skuad B-22 Malaysia dua kali memimpin permainan, seolah-olah gambaran China mampu ditundukkan.
Begitupun, jaringan China pada minit ke-82 menafikan segala-galanya dan hanya hampa menyelubungi skuad negara.
Kecewa dan sakit memang perit untuk ditelan, namun tiada apa yang mampu mengubah hakikat bahawa kempen ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 terhenti awal.
"Sudah tentu ia amat menyakitkan apabila kami mendahului perlawanan tetapi secara tiba-tiba, jaringan penyamaan berlaku pada penghujung perlawanan.
"Dengan usaha yang dicurahkan pemain, saya bangga dengan mereka," kata Kim Swee.
Malaysia perlu menyalahkan diri sendiri, terutama melibatkan aksi dengan Laos, atas kegagalan mencari jaringan lebih selesa.
Bagi Kim Swee, format yang digunakan Persekutuan Bolasepak Asia (AFC) hanya memberi kelebihan kepada pasukan yang beraksi lebih lewat menerusi perbezaan zon waktu.
"Saya harap AFC boleh melihat perkara ini kerana ada perlawanan yang belum berakhir tetapi mereka sudah dapat mengetahui keputusan perlawanan yang lain.
"Atas semangat 'Fair Play', saya harap AFC harus mengambil kira perkara ini memandangkan keputusan tidak memihak kepada kami sambil ada pasukan lain tahu lebih awal mengenai nasib kumpulan lain," katanya lagi.