Skip to main content

Bola Sepak

Kelantan United bukan milik kerajaan negeri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kelantan-united.jpg
"Kami bukan milik kerajaan negeri". Itu penegasan yang diberikan oleh Presiden Kelantan United FC, Rozi Muhamad, selepas masih ada penyokong keliru dengan status pasukan berkenaan.

Rozi berkata Kelantan United merupakan sebuah pasukan yang diuruskan secara profesional sebagaimana pasukan lain dalam saingan Liga Malaysia.

"Ramai yang tersalah anggap dalam isu ini. Kami (Kelantan United) bukan milik kerajaan negeri.

"Jadi, saya harap semua pihak tidak lagi keliru dengan perkara ini," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Jersi dan Pengenalan Penaja Kelantan United bagi Musim 2023 semalam.

Menurutnya, Kelantan United tetap perlu membayar levi penggunaan stadium sebagaimana yang dilakukan oleh pasukan lain.

Rozi, bagaimanapun, memberitahu hubungan baik antara pihaknya dan kerajaan negeri telah terbentuk sejak awal lagi semasa pasukan itu masih dikenali dengan nama Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) Urusetia Belia dan Sukan (Ubes).

"Pasukan itu kemudiannya diprofesionalkan dan diambil alih sepenuhnya oleh pengurusan Kelantan United untuk bermain dalam kancah Liga Malaysia (Liga M).

"Kelantan United bermula dari saingan Liga M3, Liga Perdana dan kini dalam Liga Super. Kami mengucapkan terima kasih tidak terhingga atas kemudahan-kemudahan tertentu yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri kepada kelab ini," katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Rozi memberitahu sebagai pendatang baru dalam saingan Liga Super musim ini, Kelantan United menyasarkan kedudukan 10 teratas.

Katanya, sasaran itu mampu digapai berpandukan kepada persiapan dan barisan pemain yang dibawa masuk untuk memperkasakan pasukan itu musim ini.


Kredit: Sinar Harian
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video