Presiden Kelantan Red Warrior (KRW), Nik Hafiz Naim Nik Hassan, mengesahkan pihaknya akan melaksanakan paras gaji siling sendiri bagi mengelakkan masalah tunggakan gaji berbangkit pada masa akan datang.
Ujarnya, pihak pengurusan KRW telah menetapkan kadar gaji maksimum dengan anggaran RM10,000 sebulan bagi pemain tempatan manakala tidak melebihi RM20,000 sebulan bagi pemain import.
"Saya sendiri berasal daripada Red Warrior, jadi kami nampak apa yang berlaku," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.
"Kami buat gaji siling dalaman dan sudah maklumkan kepada pemain mengenai kemampuan kami.
"Kalau anda mahu kami bersedia, jika tidak, tidak mengapa. Ia supaya kami tidak terlebih berbelanja
"Masalah utama kelab selalunya ialah terlebih berbelanja, jadi kami perlu berbelanja secara berhemah."
Dalam perkembangan sama, pihak pengurusan KRW menaruh kepercayaan penuh kepada kredibiliti ketua jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim, bagi membentuk skuad mantap yang mampu beri saingan menjelang saingan musim 2025-26.
Untuk rekod, KRW masih menanti status permohonan mereka untuk menyertai saingan Liga A1 Semi-Pro daripada badan pengelola, Amateur Football League (AFL), yang dijangka akan memuktamadkan senarai pasukan bertanding pada Khamis ini.
"Kami juga faham saingan kali ini ada JDT II (Johor Darul Ta'zim II), Selangor II, Perak dan Kedah (Darul Aman), jadi ia pasti berbeza.
"Tetapi kami masih mahu bertanding sebagai pencabar dan sasaran kami adalah untuk ke Liga Super, Insya-Allah," katanya lagi.