Skip to main content
Advertisement

Bola Sepak

Tular: Ada kekasaran, ada terjahan. Situasi panas pemain Harimau Muda-Singapura

HM

Satu video tular di media sosial berkenaan situasi tegang membabitkan pelapis Harimau Malaya dengan pemain Singapura dalam perlawanan pertama Kumpulan B Kejuaraan Piala Asia Tenggara (ASEAN) bawah 19 tahun (B-19) di Stadium Teladan, Medan Indonesia malam tadi.

Pergaduhan itu tidak berlarutan panjang susulan pengadil pantas mengawal keadaan dibantu pemain dari kedua-dua pasukan menenangkan rakan masing-masing.

Satu pergelutan berlaku pada minit ke-59 menyaksikan pertahanan negara, Aisy Aqasha Noorazhar dari Johor Darul Ta'zim (JDT) IV, mengawasi pergerakan lawan, namun terdapat kekasaran daripada pemain Singapura sehingga dijatuhkan sebelum terjadinya pergelutan susulan.

Kem Singapura mendakwa Aisy membuat terjahan dengan sengaja dan membangkitkan kemarahan Singapura, tetapi kredit harus diberikan kepada pengadil dan rakan-rakan kerana bijak mengelakkan daripada sebarang pergaduhan melampau.

Video penuh:

Dalam aksi tersebut, skuad kendalian Nafuzi Zain itu meraih kemenangan pertama 3-0, sekali gus mencerahkan peluang ke peringkat seterusnya.

Jaringan Arif Aiman Zaaba pada minit ke-21, Abid Safaraz Rozaidi (min ke-39) dan Tengku Hasyri Shah Meerza Tengku Hazman (min ke-61) membawa pasukan kebangsaan di tempat kedua Kumpulan B berikutan kemenangan 9-0 Thailand ke atas Brunei.

Perlawanan seterusnya membabitkan Malaysia B-19 akan turun ke gelanggang sama pada Jumaat ini bagi menentang Brunei sebelum pertemuan dengan Thailand, tiga hari kemudian.

Skuad B-19 kebangsaan meraih tempat keempat selepas tewas dalam penentuan sepakan penalti kepada Australia -- yang menyaksikan Indonesia juara buat julung kalinya dalam edisi dua tahun lalu.

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Must Watch Video