Skip to main content

Bola Sepak

Kelantan rampas kemenangan Negeri Sembilan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kelantan14418.jpg
NEGERI SEMBILAN 1 KELANTAN 1

Kelantan merampas kemenangan Negeri Sembilan apabila menemui gol penyamaan pada masa kecederaan untuk mengikat kedudukan 1-1 dalam Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini.


Tuan rumah memulakan aksi dengan agresif dan berjaya membuka jaringan awal menerusi Flavio Beck Junior.

Tonggak kelahiran Brazil itu menyempurnakan umpanan Mohd Fakhrul Aiman Sidid pada minit kelapan.

Bagaimanapun, Negeri Sembilan mula mendapat tentangan sengit yang menyaksikan Kelantan kerap kali hampir-hampir memadam kelebihan mereka.

Selepas rehat, kedua-dua pasukan berbalas serangan dan ternyata usaha keras pelawat membuahkan hasil apabila Nik Akif Syahiran Nik Mat merebat deras ke arah gawang untuk membantu skuadnya membawa pulang satu mata.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan di Larkin menyaksikan Johor Darul Ta'zim (JDT) melakar kemenangan selesa 3-0 menentang PKNS FC.

JDT memperoleh kemenangan menerusi sepasangan gol daripada Gonzalo Cabrera pada minit ke-15 dan 51 dan Muhammad Safawi Rasid ke-67.

Advertisement

Must Watch Video