Pengerusi Kelab Bola Sepak Perak, Datuk Seri Azim Zabidi, mengakui timbul rasa putus asa sebaik Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mengambil pendekatan mudah berhubung nasib pemain muda kelab itu yang tidak dihantar ke saingan Piala Belia dan Piala Presiden musim depan.
Ketika pihaknya sedang bertungkus-lumus cuba menyelamatkan nasib pasukan senior yang berhadapan dengan isu gaji, PAFA pula terus meletakkan beban dengan berharap pihak kelab turut bertanggungjawab ke atas skuad muda mereka.
Keadaan itu menimbulkan rasa kurang senang Azim tatkala tanggungjawab PAFA sendiri adalah menjaga keperluan pasukan belia yang sememangnya berada di bawah pengurusan mereka.
"Tidak tahulah, semuanya mereka letakkan di atas kepala kami, dalam masa daripada segi (kerajaan) negeri nak bantu kewangan.
"Kami sudah berbincang dengan PAFA untuk mengambil-alih skuad pembangunan, dapatkan dana daripada kerajaan negeri.
'Skuad pembangunan ini bagus untuk negeri itu sendiri," katanya.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Rabu lalu mengeluarkan senarai pasukan yang akan bertanding dalam dua saingan piala tersebut musim depan tanpa kelibat Perak, Pahang, Kedah dan Kelantan.
"Kami tetap cuba dan banyak wang telah dibelanjakan untuk pasukan pembangunan. Tapi masalah yang dihadapi skuad pembangunan ialah tidak dapat dikomersialkan berikutan tiada hak penyiaran.
"Jadi kami tengok ia tidak berbaloi," katanya lagi.