Ia, sekali gus menyaksikan perebutan siapakah akan mewakili negara ke Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).
Sebanyak tujuh kelab Liga Super selesai melengkapkan dokumen memohon Lesen Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan Lesen Kebangsaan bagi membolehkan pasukan-pasukan tersebut kekal layak beraksi dalam arena tertinggi tempatan termasuk bertanding dalam kejohanan di bawah penganjuran AFC.
Advertisement
Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor sah melengkapkan proses tersebut diikuti Sabah, Terengganu, Penang, Kuching City, dan Negeri Sembilan.
Ia, membolehkan kesemua tujuh kelab berkenaan memasuki fasa seterusnya iaitu proses penilaian oleh First Instance Body (FIB) sebelum keputusan akhir pelesenan diumumkan.
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan semalam juga memaklumkan Kuala Lumpur (KL) City, Melaka, PDRM dan Kelantan The Real Warriors hanya memohon Lesen Kebangsaan.
Persoalan menarik dalam kalangan peminat berkenaan situasi The City Boys mula dibincangkan. Adakah juara Piala Malaysia 2021 itu secara rasmi melupakan hasrat merebut tempat kedua liga, sekali gus melepaskan angan-angan ke ACL2?
Berbaki beberapa perlawanan, persaingan di tempat kedua antara Gergasi Merah, The Cats dan skuad Warga Kota semakin mendebarkan.
Seterusnya, selepas selesai keseluruhan proses penilaian dan rayuan (sekiranya ada), pihak MFL akan mengemukakan senarai akhir kelab yang telah diberikan Lesen AFC dan Lesen Kebangsaan kepada pihak AFC pada 31 Mei 2026.
Pihak FIB akan melaksanakan proses penilaian terhadap semua permohonan secara telus dan berlandaskan kriteria pelesenan yang telah ditetapkan.