'Sejujurnya saya tidak tahu apa-apa'
Bintang warisan Harimau Malaya, Facundo Garces, tidak memikirkan tentang tawaran sebuah kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) yang mahu mendapatkan khidmatnya seperti hebahan di media sosial, sebelum ini.
Tidak lekang di mata peminat tempatan, persembahan pemain kelahiran Argentina-Malaysia itu sentiasa mencuri perhatian selaku benteng terakhir pasukan kebangsaan.
Penampilan kedua Garces bersama skuad kendalian Peter Cklamovski mencapai dua kemenangan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) berdepan Singapura dan Vietnam.
Baru-baru ini, tonggak berusia 26 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan bernilai hampir RM49 juta ke EPL.
Begitupun, tawaran itu ditolak oleh gergasi LaLiga, Alaves, pada saat akhir perpindahan musim pada 1 September lalu, kerana tidak mahu kehilangan pertahanan kental itu.
"Sejujurnya saya tidak tahu.
"Saya tidak tahu apa-apa kerana ejen saya tidak beritahu saya apa-apa dan fokus saya kini 100 peratus hanya kepada Alaves dan keluarga saya.
"Saya akan pulang semula untuk bertemu mereka dan terus membuat persiapan menghadapi musim yang sangat panjang," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
Bintang kebanggaan Malaysia itu yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-26 hari ini, bergegas pulang ke Sepanyol sejurus selesai tugasan antarabangsa Bukit Jalil, semalam.
Kembali ke pangkuan kelabnya untuk persiapan menghadapi Athletic Bilbao, Garces turut berkongsi keterujaan untuk penampilan keduanya bersama Harimau Malaya.
"Bagus dan saya gembira tapi ia satu perlawanan sukar dan ujian baik untuk kami.
"Penting untuk terus memperhalusi idea jurulatih.
"Saya juga gembira kerana kita perlu membiasakan diri untuk menang dan ini adalah satu kemenangan hasil usaha keras semua pemain.
"Kami dapat mengawal situasi dari awal hingga akhir permainan," tambahnya.
Selain Garces, skuad negara juga kehilangan seorang lagi tonggak pertahanan untuk perlawanan persahabatan kedua bertemu Palestin, setelah ketua pasukan, Dion Cools, juga kembali ke kelabnya, Cerezo Osaka di Jepun.

“Es un es un orgullo, es un honor”, Facundo Garces. ???@ASTROARENA pic.twitter.com/NhV2nzrI4s
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) September 5, 2025