Pengendali Sabah, Jelius Ating, mahu kesebelasan utamanya mengekalkan prestasi baik mereka atau berdepan kemungkinan digantikan dengan pemain lain.
Beliau berkata walaupun mempamerkan aksi baik ketika membenam Terengganu FC (TFC) II 4-0 di Stadium Likas, Jumaat lalu, ia bukan satu jaminan mereka akan terus berada dalam kesebelasan utama.
"Memang kita lihat mereka (kesebelasan utama) bermain dengan baik dalam perlawanan lalu dan saya tiada alasan untuk melakukan perubahan.
"Apa yang saya harapkan mereka terus konsisten dalam aksi bertemu Felcra FC bagi mengukuhkan kedudukan mereka," katanya ketika dihubungi, di Kota Kinabalu, semalam.
Pasukan yang popular dengan jolokan Sabah Rhinos itu akan bertandang ke Stadium Shah Alam, malam esok, untuk bertemu dengan pendatang baharu Liga Perdana berkenaan.
Jurulatih berusia 47 tahun itu berkata prinsipnya pada musim ini adalah untuk bersikap adil kepada semua pemain tanpa mengira sama ada senior atau junior.
"Bagi saya, siapa yang beraksi dengan baik akan bermain. Kami mahu semua pemain bersungguh-sungguh dan sentiasa mengintai peluang untuk berada dalam kesebelasan utama.
"Adalah penting untuk kami mengharungi saingan liga yang panjang dengan memiliki skuad yang baik berbanding memiliki kesebelasan utama yang baik.
"Dengan memiliki skuad yang baik, kami boleh mengatasi masalah seperti kecederaan atau penggantungan perlawanan. Kami tidak boleh mengharapkan hanya 11 pemain beraksi dalam satu musim," katanya.
Kredit imej: Jaiman Taip