Santiago Solari berasakan Real Madrid tewas secara bermaruah kepada Barcelona dalam separuh akhir Copa del Rey, awal pagi tadi, sambil menegaskan kemaraan ke peringkat itu bukannya satu kegagalan.
Luis Suarez menyumbat dua gol di antara gol sendiri Raphael Varane untuk Barca meraikan kemenangan 3-0 di Santiago Bernabeu dan 4-1 secara agregat.
Ia bermakna skuad Catalan itu layak ke final Copa enam tahun berturut-turut setelah memenangi trofi itu empat tahun secara berturutan sambil impian ‘treble’ buat mereka pada musim 2018-19 ini kekal bernyala.
Sambil itu, Madrid hanya mempunyai Liga Juara-Juara sebagai peluangnya untuk menamatkan musim ini dengan satu trofi setelah berjurang sembilan mata dengan Barca dalam perebutan kejuaraan LaLiga.
Namun, pengurus Madrid, Solari, tidak berasakan kekalahan kepada skuad lawan bimbingan Ernesto Valverde itu sebagai satu petaka.
“Kami tewas secara bermaruah tapi kami sedih kerana ini satu tamparan hebat. Ia bukan satu kegagalan kerana ini peringkat separuh akhir. Kami tidak akan beraksi dalam final, maka kami harus mencuba lagi.
“Kami memiliki peluang dalam separuh masa pertama dan juga separuh kedua apabila kedudukan 1-0. Saya tidak fikir kami hilang kawalan terhadap permainan tapi mereka mendapat gol daripada percubaan pertama mereka dan satu lagi daripada gol sendiri.
"Kami tidak menjaringkan gol ketika berpeluang dan tiada apa-apa lagi boleh dikatakan lebih daripada itu,” tambahnya.
Madrid akan sekali lagi menjadi tuan rumah kepada Barca dalam pertemuan LaLiga, Sabtu ini.