Brendan Rodgers menyertai Pep Guardiola dan Jurgen Klopp dalam memberi amaran tentang ancam terhadap pemain yang terlalu dibebani sepanjang musim perayaan England yang sibuk.
Pengurus Leicester City itu menyaksikan pemainnya disingkirkan Liverpool menerusi penentuan sepakan penalti dalam suku akhir Piala Liga Inggeris (EFL), kelmarin, dan dia akan membawa mereka ke Manchester City, esok, sebelum sekali lagi menentang Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Rabu depan.
Tiga perlawanan dalam tempoh tujuh hari akan menambah beban tetapi dengan COVID-19 merebak dengan pantas selain faktor kecederaan semakin menghimpit pasukan, sekali gus menjadikan situasi di kelab bertambah sukar.
Tiga perlawanan telah ditunda sepanjang 'Boxing Day' yang menyaksikan kunjungan Everton ke Burnley dibatalkan.
Bagaimanapun, kunjungan Leicester ke Stadium Etihad tetap diteruskan dan walaupun The Foxes mempunyai kenangan indah berbekalkan kemenangan 5-2 di Eastlands musim lalu, Rodgers cukup yakin untuk mengatakan pasukannya akan tetap berdaya saing.
Klopp menegaskan bantahannya terhadap jadual padat dalam masa yang singkat dengan berkata The Reds yang dilanda kecederaan dan kes positif menghadapi tugas mustahil sebelum aksi menentang Leeds United, esok, dibatalkan.
Semalam, Guardiola pula melontarkan idea untuk pemain dan pengurus melancarkan mogok dalam usahanya menangani isu kebajikan dan beban pemain.
Guardiola berkata walaupun dia meragui ia adalah satu pilihan yang realistik, tetapi cadangan itu perlu bagi membawa satu perubahan yang luar biasa.

"Untuk menentang Manchester City esok, kemudian bertemu sekali lagi Liverpool, ia tidak bagus untuk pemain," kata pengurus Leicester itu.
“Sudah tentu dalam aspek kesihatan dan kebajikan pemain ia tidak ideal, tetapi kami tetap perlu beraksi sepanjang dua minggu lagi, kemudian kita akan lihat nanti.
"Jadi jika ia masih berlaku, kami perlu tetap kompetitif selagi boleh. Kami berdaya saing ketika menentang Liverpool. Itulah cara yang akan kami cuba dekati pada masa depan."
City telah memenangi lapan perlawanan berturut-turut untuk mendahului liga dengan kelebihan tiga mata ke atas pencabar terdekat, Liverpool, sementara Leicester menduduki tangga kesembilan selepas permulaan kempen yang goyah.
"Mereka adalah sebuah pasukan yang mantap," tambahnya.
"Mereka mempunyai pemain berteknikal tinggi, pemain bertaraf dunia dan mereka sudah terbiasa dengan kemenangan. Tetapi kami mempunyai pencapaian yang menarik ke atas mereka. Jadi ia akan menjadi cabaran besar buat kami.
"Kami ke sana musim lalu dengan mencetak satu kemenangan yang hebat. Kami sedar cabaran yang dihadapi: mereka menguasai bola, transisi permainan kami perlu bagus dan kami perlu mempunyai keyakinan untuk beraksi. Jadi ia akan menjadi satu cabaran buat kami pada hujung minggu ini."