Jurulatih skuad futsal negara, Chiew Chun Yong, mengakui menghadapi kesukaran untuk menggugurkan dua pemain bagi menghadapi Kejohanan Futsal Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) di Bangkok, Thailand, 23-29 Januari ini.
Skuad negara ketika ini berada dalam persiapan fasa akhir sebelum berlepas ke Bangkok, 15 Januari nanti.
Ia termasuk mengharungi empat aksi persahabatan, dengan yang terbaru skuad kendalian Chun Yong itu membelasah KL TPD 13-0 di Shah Alam.
Satu lagi aksi persahabatan menentang Pahang, Jumaat ini, akan menjadi penentu buat Chun Yong bagi menggugurkan dua lagi pemain daripada 16 pemain sedia ada.
Ini kerana 14 pemain sahaja yang boleh didaftarkan bagi menghadapi Kejohanan AFF.
"Saya dapat melihat kesungguhan setiap pemain di dalam pasukan yang berusaha sehabis mungkin untuk mendapatkan slot beraksi di Bangkok nanti.
"Mereka memiliki kualiti yang seimbang dan ia menyukarkan saya membuat keputusan untuk menggugurkan dua pemain.
"Kami harus melihat daripada prestasi mereka dalam satu lagi perlawanan persahabatan," kata Chun Yong.
Dalam pada itu, Chun Yong melihat perkembangan positif daripada skuad kendaliannya dalam aspek taktikal serta sistem permainan yang lebih agresif.
Kesuntukan masa dalam mempersiapkan pasukan di samping ketiadaan liga domestik yang kompetetif, menjadi halangan terbesar buatnya tetapi tidak mahu menganggap ia sebagai alasan.
"Kami telah melalui empat perlawanan persahabatan dan dalam setiap perlawanan, kami menggunakan strategi dan taktikal yang berbeza.
"Saya dapat melihat peningkatan dalam mutu permainan pasukan, cuma kelajuan ketika melancarkan serangan masih kurang.
"Saya berharap kami dapat memperbaikinya sebelum kejohanan bermula," tambahnya.
Negara lain yang menyertai Kejohanan AFF adalah tuan rumah yang juga juara bertahan, Thailand, Brunei, Myanmar, Laos, Indonesia dan Timor Leste.
Thailand yang memburu kejuaraan kali ke-12 dalam kejohanan itu diletakkan dalam Kumpulan A bersama Brunei, Timor Leste manakala Malaysia pula dalam Kumpulan B bersama Myanmar, Laos dan Indonesia.
Dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan akan mara ke separuh akhir.
Indonesia akan membuat penampilan semula dalam Kejohanan AFF selepas tidak menyertainya pada 2015 kerana penggantungan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) ekoran campur tangan kerajaan dalam liga domestik republik itu.
Kejohanan itu sepatutnya diadakan pada 3 Oktober lalu tetapi ditunda hingga Januari berikutan kemangkatan Raja Bhumibol Adulyadej.