Penyerang utama England, Harry Kane, mahu membuktikan kemampuannya menerusi kejayaan pasukannya dan bukan mengatasi pencapaian Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.
Kapten skuad The Three Lions itu akan mempamerkan anugerah Kasut Emas Piala Dunia yang diraih ketika aksi pembukaan Liga Negara-Negara Eropah berdepan Sepanyol di Wembley awal pagi esok selepas menjaringkan enam gol sewaktu membantu pasukannya mara ke separuh akhir dalam saingan di Russia.
Pemain berusia 25 tahun itu telah menjaringkan dua gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris bersama Tottenham Hotspur musim ini dan tahun lalu, dia mengatasi jumlah jaringan yang dikutip oleh Messi dan Ronaldo di peringkat kelab dan antarabangsa.
"Saya rasa sukar untuk membandingkan diri saya dengan mereka berdua," kata Kane.
"Kedua-duanya telah menetapkan satu tahap bola sepak selama 10 tahun sehingga sukar untuk dipercayai.
"Ia menjadi sasaran kami sebagai satu pasukan. Semestinya menamatkan aksi Piala Dunia selaku penjaring terbanyak membuatkan saya berasa bangga.
"Saya tidak rasa saya mampu berada sebaris dengan Messi dan Ronaldo tetapi saya menyasarkan untuk terus meningkat," ujarnya.
Apa yang disuarakan Kane itu bermaksud dia tidak begitu ghairah dengan aksi di Russia, di mana dia bertindak selaku penjaring utama dan memegang tugas pengambil sepakan penalti tatkala England berdepan kesukaran untuk mencatat gol melalui peluang terbuka.
"Saya rasa masih mampu melakukan lebih baik ketika Piala Dunia.
"Terdapat beberapa perkara yang seharusnya saya muncul lebih bagus seperti teknik penyudah dan sesetengah pergerakan.
"Memenangi anugerah Kasut Emas ketika Piala Dunia adalah sesuatu yang menggembirakan. Terdapat banyak peningkatan dan saya kini berada pada tahap yang tinggi."
Situasi itu juga membuat Kane menggesa rakan sepasukannya agar tidak cepat berpuas hati walaupun melayakkan diri ke separuh akhir Piala Dunia selepas 28 tahun.
"Saya rasa dalam mana-mana kejohanan utama, anda harus bijak mengawal tekanan. Kami telah mengubah banyak perkara sejak setahun lalu.
"Kini, ia dalam proses pembinaan, sama ada mampu melakukannya dalam masa beberapa tahun ketika kejohanan besar atau tidak.
"Separuh akhir semestinya bagus buat kami tetapi kini, kami mahu menikmati pentas final dan menjulang salah satu trofi," katanya lagi.