Skip to main content

Bola Sepak

Kehadiran Hamidin: Bakal berlaku perubahan angin di Wisma FAM?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fam.jpg
Ia merupakan nilai tambah, selain boleh membantu segala aspek merangkumi skop pengurusan tertinggi. 

Kepulangan semula Tan Sri Hamidin Mohd Amin ke pangkuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selaku presiden kehormat dianggap sebagai satu langkah wajar, kerana kapasiti dan kebolehan yang dimilikinya selama ini. 

Namun, arah angin bertiup menandakan bakal ada satu perubahan besar bakal berlaku, tetapi sejauh manakah kenyataan ini? 

Perlu diingatkan, pemgaruhnya di peringkat Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) serta Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF), antara faktor penting selain pengalamannya dalam kancah tempatan sebelum ini. 

Hamidin yang sudah berkecimpung dalam arena bola sepak negara termasuk beberapa jawatan penting seperti bekas Presiden FAM, Naib Presiden FAM, Setiausaha Agung FAM, pengurus skuad kebangsaan dan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) menjadikan dirinya sangat berpengalaman dan berpengetahuan sebagai pakar.

Difahamkan, kehadirannya bakal menyaksikan transisi besar dalam badan induk itu, sekali gus menyebabkan gelombang pentadbiran bertukar lebih mapan demi memperkemas penstrukturan persatuan.

 

Dalam masa sama, tidak seharusnya disalah tafsir memandangkan kuasanya akan terbatas kepada beberapa perkara, selain menafikan beberapa dakwaan negatif terhadap pucuk kepimpinan terkini.

Menurut pandangan bekas pengurus Harimau Malaya, Datuk Kamarul Ariffin, pelantikan Hamidin adalah pilihan tepat dan tidak menolak kemungkinan bahawa perubahan boleh berlaku.

“Saya menjangkakan selepas ini, akan berlaku satu ombak besar dalam FAM dengan kedatangan Tan Sri Hamidin,” katanya menerusi perkongsian wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Advertisement

Must Watch Video